My Blog

the milestones of a mother-to- be, a wife, a daughter, a friend

Si anak kecil

Filed under: Religion — aznurhajar at 12:26 am on Wednesday, October 29, 2008

Dalam sebuah riwayat meyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang bejalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu’ sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, “wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?.” Maka berkata anak kecil itu “saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan kedalam api neraka.

Berkata orang tua itu, “wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.”

Berkata anak kecil itu, “wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.”

Berkata orang tua itu sambil menangis, “sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti.”

kasih suci

Filed under: Uncategorized — aznurhajar at 6:21 pm on Tuesday, October 28, 2008

Dedicated to our children ..with love from, mak dan abah…moga jadi anak2 yg soleh/solehah

Brown eyes

Filed under: Uncategorized — aznurhajar at 9:09 pm on Sunday, October 26, 2008

This song is dedicated to Abg..love you always!!

Filed under: Uncategorized — aznurhajar at 10:16 am on Sunday, October 26, 2008

I love watching a group of children dancing in this movie …Movie’s title : Honey ..By Jessica Alba

Tafsir Surah Al-Kahfi Ayat 79-82

Filed under: Uncategorized — aznurhajar at 5:29 am on Tuesday, May 20, 2008

Tafsir Surah Al-Kahfi
Ayat 79-82

Maksudnya: 

Ia menjawab:
"Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan
kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak
dapat bersabar mengenainya.(78)Adapun perahu itu adalah ia dipunyai
oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan
dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti
ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.(79)Adapun
pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka
kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang
zalim dan kufur.(80)Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan
mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang
kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.(81)Adapun tembok itu
pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan
di bawahnya ada "harta terpendam" kepuyaan mereka; dan bapa
mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya
mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam
itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah)
aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan
tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar
mengenainya".(82)
 

Huraian
Dan Tafsiran Ayat.
 

  1. Ayat-ayat ini adalah
      kesinambungan dan jawapan dari ayat yang terdahulu berkenaan dengan
      tindakan pelik Nabi Khidir a.s. Allah Taala menjelaskan satu persatu
      jawapan terhadap apa yang telah dilakukan oleh Khidir a.s. ketika 
      Nabi Musa a.s. bersamanya.
  2. Dalam ayat 78, Nabi
      Khidir a.s.  menjelaskan kepada Nabi Musa a.s bahawa mereka perlu
      berpisah kerana Nabi Musa a.s. telah melanggar syarat dan seringkali
      melakukan kesalahan yang berulang-ulang iaitu sentiasa menegur perbuatan
      Nabi Khidir a.s. kerana tidak sabar di atas apa yang berlaku.
  3. Perkara yang ditegur
      itu ialah membocorkan kapal kepunyaan orang miskin, membunuh seorang
      budak lelaki dan membaiki tembok/dinding  rumah yang dimilki oleh
      2 orang anak yatim yang hampir roboh.
  4. Dalam ayat 79-82,
      Allah Taala menjelaskan 3 sebab perbuatan Nabi Khidir a.s.
    • Tindakan Nabi
          Khidir a.s. membocorkan perahu orang miskin yang bekerja di laut mencari
          nafkah hidup
      - Ini kerana tindakan merosakkan perahu itu untuk menghindarkan
          perbuatan seorang raja yang zalim yang suka merampas perahu yang elok
          secara paksa daripada rakyatnya. Walaupun dilihat membocorkan perahu
          itu zalim pada peringkat awalnya tetapi ianya lebih ringan jika dibandingkan
          perbuatan dirampas oleh raja yang zalim. Inilah kaedah mengambilpakai
          mudharat yang lebih kecil dari mudharat yang lebih besar.(irtikaabu
          akhaffi Dhorarain
      ) Ibn Jarij meriwayatkan dari Syuib al-Jubaie bahawa
          Nama raja itu ialah Hadad bin Badad dan namanya disebut di dalam taurat
          dari zuriat al-‘Aisu bin Ishak.
    • Tindakan Nabi
          Khidir a.s. membunuh seorang budak lelaki(
      Ghulam)
          - Tindakan Khidir a.s. membunuhnya kerana budak itu ditakdirkan akan
          menjadi kafir apabila dewasa kelak.Oleh kerana untuk menyelamatkan ibubapanya
          yang beriman supaya tidak berpegaruh dan mengikut jejak anaknya itu
          maka dia perlu dibunuh. Nabi Khidir a.s. mendapat ilham dari Allah Taala
          bahawa peristiwa itu pasti berlaku jika tidak membunuh budak itu. Inilah
          yang disebut kaedah saddu zarai’k
          (menutup ruang maksiat). Kemudiannya Khidir a.s. mengharapkan Allah
          Taala mengantikan anak yang lebih baik dari anak yang mati dibunuh tadi
          kepada kedua ibubapanya.
    • Tindakan Nabi
          Khidir a.s. membaiki tembok/dinding yang dimiliki oleh  2 orang
          anak yatim-
      Tindakan ini dilakukan oleh Nabi Khidir a.s. kerana
          untuk menyelamatkan harta anak yatim tersebut yang tersimpan di bawahnya.
          Harta itu adalah peninggalan bapanya yang telah mati dan bapanya adalah
          seorang yang soleh. Diriwayatkan bahawa kedua-dua anak yatim tersebut
          tinggal disebuah kampung bernama Antakiah.

 

  1. Di akhir ayat 82,
      Allah Taala menjelaskan bahawa ketiga-tiga tindakan Nabi Khidir a.s.yang
      menyebabkan nabi Musa a.s. tidak mampu sabar denganya itu bukanlah ijtihad
      semata-mata tetapi ia merupakan perintah Allah dan ilham serta wahyu
      dari-Nya.

 

Mendua - Kita Hampir ke Situ

Filed under: Uncategorized — aznurhajar at 8:51 pm on Sunday, March 16, 2008

Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti 
Dapatkan ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmat
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba

(korus)
Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

(ulang korus)

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama
Oh…

(ulang korus)

128649253our dream , our love

my fav quote

Filed under: Uncategorized — aznurhajar at 10:53 am on Sunday, March 16, 2008

"Bila kau memandang segalanya dari
Allah, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit
hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang & menyusahkan hidupmu, pasti
akan damailah hatimu, kerana masakan DIA sengaja mentakdirkan segalanya untuk
sesuatu yg sia2, bukan DIA tak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi,
mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang
selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya"

 

apa yg berlaku ada hikmahnya

Filed under: Books — aznurhajar at 7:44 am on Thursday, January 3, 2008

Pada zaman dulu ada soerg raja mempunyai seorg penasihat.Penasihat ni mempunyai keistimewaan melihat masa depan. pd suatu hari negara itu dilanda banjir yg amat dahsyat .byk rakyat,tanaman dan haiwan ternakan mati.so raja tu tanya penasihat dia ..penasihat raja tu kata "semua yg berlaku ada hikmahnya yg allah tentukan utk kita" …raja tu kata "aikk..banjir punya lah teruk ada hikmahnya juga?" penasihat tu kata , selepas banjir ini akan berlaku kemarau pjg yg amat dahsyat so dia nasihatkan raja tu simpanlah air byk2 utk kemarau nanti ..

Pada hari yg lain..raja pergi memburu dgn pengikut2 nya . Ntah mcmmana tombak raja tu terlepas drtangan dia dan tercucuk kaki dia sehingga meninggalkan parut yg begitu hodoh…Kali ni raja tu nak mengetest penasihat dia..dlm hati raja tu.."kalau penasihat aku jawab semua semua yg berlaku ada hikmahnya akan ku penjara dia ..parut ku punyalah hodoh …ni mesti dia nak memperlekehkan aku" Spt yg didudga penasihat tu berkata ""semua yg berlaku ada hikmahnya yg allah tentukan" apabila raja bertanya tentang parut baginda..so penasihat tu kene sumbat penjara krn raja tu tensen dgr jawapan tu.. pada satu hari yg lain, raja ni pegi memburu lagi sbb ari tu tak dpt memburu sbb dia cedera so kali ni dia lebih berhati2dgn tombak dia takut kene kaki lagi..tiba2 terjadi ribut taufan yg kuat sehingga raja tu terpisah dn pengiring dan pengawalnya…selepas ribut, raja tu ditangkap oleh orang asli penyembah dewa dan org asli tersebut mahu mengorbankan raja utk dewa mereka..ketua org asli tu suruh check raja tu sama ada ada cacat cela.kalau ada, kene reject sbb depa tak mau sembahkan dewa mereka benda yg tak elok..nasib raja tu baik sbb ada parut hodoh kat kaki ..so raja tu dilepaskan .. sampai diistana,raja tu teringat kat kat penasihat yg dia kurung dlm penjara ..so dia lepaskan penasihat dia dan bertanya " Ha ..kau duduk dipenjara apahikmahnya pula?" ..penasihat tu jawab ..kalau saya ikut tuanku ..saya lah yang akan dijadi korban sembahan org asli tu sbb saya takde parut … raja tu mula menyesal dan meminta maaf dgn penasihat dia ..THE END

Moral of the story : APAYG TERJADI PADA KITA ADA HIKMAHNYA YG ALLAH TENTUKAN YG MUNGKIN KITA TAK NAMPAK SKNG - JANGAN CEPAT GEMBIRA DGN APA YG KAU MILIKIN KRN BELUM TENTU SELAMANYA IA MILIKMU, DAN JGN CEPAT BERSEDIH KIRANYA KAMU TIDAK MILIKIK APA YG KAU MAHU KRN BELUM TENTU APA YG KAU MAHUKAN ITU ADALAH YG TERBAIK BUATMU PADA MASA ITU….KRN ALLAH LEBIH MENGETAHUI APA YG KAU TIDAK KETAHUI….

boss dansolat

Filed under: Uncategorized — aznurhajar at 1:52 am on Sunday, October 21, 2007

Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari nie..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia kasi
tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah pasal
sembahyang ajer! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang mintak balik awal..

Pekerja 1 : A’kum Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat
rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi, lagi
banyak pahalanya..!

Pekerja 2 : Saya bulih balik awai kut Boss?
Bosss : Hang apa pasai:
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker tak?
Ntah-ntah dia ponteng?
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pekerja 3: A’kum Boss!
Boss: Ha? pasal pulak ni?Nak balik awal gak ker?
Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!
Boss: Alasan apa lak ngko nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati.. Ada orang kampung saya meninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…!Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!!Itu fardzu kifayah jer!Orang kampung lain yang
ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah!Pergi buat
kerja..

Pekerja 4: A’kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
Boss : Naper?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah…Kesian awak dah seminggu
nunggu!!!
Pekerja 4 : Ima Acih Boss!!!Heee..hee

BOYCOTT ISRAEL

Filed under: Uncategorized — aznurhajar at 6:10 am on Tuesday, September 11, 2007

"Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine.. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression." -Sheikh Yusuf Al-Qaradawi

BOYCOTT ISRAELI PRODUCTS - HAVE YOU DONE YOUR PART?

Check this website to view list of Israeli products ..

http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

« Previous PageNext Page »