My Blog

the milestones of a mother-to- be, a wife, a daughter, a friend

Akhlak mulia, keluarga bahagia

Filed under: Religion — aznurhajar at 8:52 am on Thursday, October 30, 2008

Summary of the tazkirah
Tazkirah title : Akhlak mulia, keluarga bahagia
Source: http://ceramahislam.com/audio-lectures.html
Ustaz Jalaluddin Hassan, Ustaz Ahmad Dahri & Ustaz Firdaus Yahya

Akhlak : perilaku yg meresap dalam jiwa dan diri . Akhlak dizahirkan dlm bentuk perbuatan dan percakapan.

Orang yg mempunyai akhlak buruk, sama spt menzalimi diri sendiri dan org lain ..

Akhlak terbentuk dari sumber2 seperti :

- Persekitaran (kawan-kawan /pergaulan)
Sekiranya bergaul dengan org yg baik / soleh, insya allah diri kita akan menjadi baik .

- Guru
Siapa yg mendidik kita atau anak kita?..sumber didikan…sekiranya pendidik / guru salah mendidik , akhlak boleh jadi rosak ..
Bawa anak2 ke masjid , menjinak2 kan mereka ke masjid supaya merka merasakan kepentingan menjaga akhlak. Selalu bersedekah dan membantu org susah supaya anak2 insaf dan lama2 anak2 akan ikut.

Menjadikan ajaran Islam dlm mebentuk keluarga:

Mendidik anak2 dengan kata2 yg lembut bermula dengan suami isteri sentiasa memanggil nama pasangan dengan yg lemah lembut. Anak memerhati bagaimana ibu dan ayah mereka berinteraksi..Bila kita hormat pasangan kita insya allah , anak2 hormat kat kita..
Sedegil2 anak ku dipanggil dengan lemah lembut insya allah anak2 akan lembut hati. Pertuturan kata mendidik. Jaga suara , nada.

Sewaktu menidurkan anak..tepuk atau hayunkan anak2 dengan kalimah2 allah..didikan bermula dr hayunan sehingga ke liang lahad..so, didik anak2 sewaktu mereka dekat nak tidur. Ulang dan ulang mudah2an meresap dlm jiwa mereka.

Anak adalah amanah ALLAH. didik anak menjadi harapan kita di masa hadapan dan mereka lah yg kita harapkan setelah kita berpisah dr dunia ini..

Ibu bapa kena pikul amanah Memberi ilmu yg bermanfaat .baik buruk anak bergantung kepada ibu bapa.

Ibu bapa kene lengkapkan diri dengan ilmu pendidikan anak2..kerana tugas ibu bapa sekarang semakin mencabar..selalu monitor, pantau akhlak anak..jadi polis , awasi anak ..tapi nak jadi polis kawal anak kena ada ilmu …so ibu bapa kene ada ilmu dan belajar cara menjadi “polis” monitor anak…jgn buat tak kisah..siapa mereka berkawan, apa yg dimakan, apa yg dibawa pergi dan pulang dr sekolah .

Dekati anak , dekat dengan hati anak2..anak anggap kita sebagai teman ..insya allah anak2 akan selalu dekat dengan kita..didik anak wpun mak ayah tak nampak , ALLAH nampak apa yg di buat . Bila anak tahu menjaga hukum allah, insya allah mereka tahu menjaga hukum manusia. selalu bertanya kepada anak ttg diri mereka agar mereka tahu kita concern dgn mereka.

Ajar anak adab2…cara masuk bilik ibu bapa, cara berterima kasih ..dll semua ajaran ini memerlukan usaha …

Jgn hanya focuskan kepada pelajaran duniawi sehingga lupa mendidik anak dekat dengan allah dan rasul.

Bahagia…
Kebahagiaan adalah milik Allah dan diberikan kepada siapa yg Dia kehendaki. Rasa bahagia nikmat allah yg disampaikan terus ke dalam hati2 manusia bergantung sejauh mana manusia itu menghayati ajaran Al- quran dan sunnah. Nabi Muhamammad di utuskan utk meninggikan akhlak manusia.

wang ringgit memang diperlukan dlm kehidupan tapi belum menjaminkan kebahagiaan. Bagaimana akhlak mampu membahagiakan diri?

Apabila kita mampu membahagiakan orang lain. Insya allah, allah titipkan rasa bahagia dlm diri kita.

didik anak



2 Comments »

25

   ane abdullah

August 19, 2009 @ 11:38 pm

benarkah masalah keluarga boleh di samakan dengan masalah peribadi????

26

   ane abdullah

August 19, 2009 @ 11:40 pm

tolonglah saya untukn mencari penyelesaian bagi masalah keluarga saya…. perlukah ibubapa saya berpisah???

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>