My Blog

the milestones of a mother-to- be, a wife, a daughter, a friend

Tafsir Surah Al-Kahfi Ayat 79-82

Filed under: Uncategorized — aznurhajar at 5:29 am on Tuesday, May 20, 2008

Tafsir Surah Al-Kahfi
Ayat 79-82

Maksudnya: 

Ia menjawab:
"Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan
kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak
dapat bersabar mengenainya.(78)Adapun perahu itu adalah ia dipunyai
oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan
dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti
ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.(79)Adapun
pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka
kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang
zalim dan kufur.(80)Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan
mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang
kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.(81)Adapun tembok itu
pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan
di bawahnya ada "harta terpendam" kepuyaan mereka; dan bapa
mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya
mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam
itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah)
aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan
tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar
mengenainya".(82)
 

Huraian
Dan Tafsiran Ayat.
 

  1. Ayat-ayat ini adalah
      kesinambungan dan jawapan dari ayat yang terdahulu berkenaan dengan
      tindakan pelik Nabi Khidir a.s. Allah Taala menjelaskan satu persatu
      jawapan terhadap apa yang telah dilakukan oleh Khidir a.s. ketika 
      Nabi Musa a.s. bersamanya.
  2. Dalam ayat 78, Nabi
      Khidir a.s.  menjelaskan kepada Nabi Musa a.s bahawa mereka perlu
      berpisah kerana Nabi Musa a.s. telah melanggar syarat dan seringkali
      melakukan kesalahan yang berulang-ulang iaitu sentiasa menegur perbuatan
      Nabi Khidir a.s. kerana tidak sabar di atas apa yang berlaku.
  3. Perkara yang ditegur
      itu ialah membocorkan kapal kepunyaan orang miskin, membunuh seorang
      budak lelaki dan membaiki tembok/dinding  rumah yang dimilki oleh
      2 orang anak yatim yang hampir roboh.
  4. Dalam ayat 79-82,
      Allah Taala menjelaskan 3 sebab perbuatan Nabi Khidir a.s.
    • Tindakan Nabi
          Khidir a.s. membocorkan perahu orang miskin yang bekerja di laut mencari
          nafkah hidup
      - Ini kerana tindakan merosakkan perahu itu untuk menghindarkan
          perbuatan seorang raja yang zalim yang suka merampas perahu yang elok
          secara paksa daripada rakyatnya. Walaupun dilihat membocorkan perahu
          itu zalim pada peringkat awalnya tetapi ianya lebih ringan jika dibandingkan
          perbuatan dirampas oleh raja yang zalim. Inilah kaedah mengambilpakai
          mudharat yang lebih kecil dari mudharat yang lebih besar.(irtikaabu
          akhaffi Dhorarain
      ) Ibn Jarij meriwayatkan dari Syuib al-Jubaie bahawa
          Nama raja itu ialah Hadad bin Badad dan namanya disebut di dalam taurat
          dari zuriat al-‘Aisu bin Ishak.
    • Tindakan Nabi
          Khidir a.s. membunuh seorang budak lelaki(
      Ghulam)
          - Tindakan Khidir a.s. membunuhnya kerana budak itu ditakdirkan akan
          menjadi kafir apabila dewasa kelak.Oleh kerana untuk menyelamatkan ibubapanya
          yang beriman supaya tidak berpegaruh dan mengikut jejak anaknya itu
          maka dia perlu dibunuh. Nabi Khidir a.s. mendapat ilham dari Allah Taala
          bahawa peristiwa itu pasti berlaku jika tidak membunuh budak itu. Inilah
          yang disebut kaedah saddu zarai’k
          (menutup ruang maksiat). Kemudiannya Khidir a.s. mengharapkan Allah
          Taala mengantikan anak yang lebih baik dari anak yang mati dibunuh tadi
          kepada kedua ibubapanya.
    • Tindakan Nabi
          Khidir a.s. membaiki tembok/dinding yang dimiliki oleh  2 orang
          anak yatim-
      Tindakan ini dilakukan oleh Nabi Khidir a.s. kerana
          untuk menyelamatkan harta anak yatim tersebut yang tersimpan di bawahnya.
          Harta itu adalah peninggalan bapanya yang telah mati dan bapanya adalah
          seorang yang soleh. Diriwayatkan bahawa kedua-dua anak yatim tersebut
          tinggal disebuah kampung bernama Antakiah.

 

  1. Di akhir ayat 82,
      Allah Taala menjelaskan bahawa ketiga-tiga tindakan Nabi Khidir a.s.yang
      menyebabkan nabi Musa a.s. tidak mampu sabar denganya itu bukanlah ijtihad
      semata-mata tetapi ia merupakan perintah Allah dan ilham serta wahyu
      dari-Nya.